Pages

About Me

My photo
serdang, selangor
Love is not just you and me but its all about the people who love us..."private love"

Thursday, March 1, 2012

Peningkatan kutipan LHDN luar biasa - PM



NAJIB (dua dari kiri) mendengar penerangan Mohd. Shukor (tiga dari kanan) mengenai bangunan ibu pejabat baharu LHDN di Cyberjaya semalam.

CYBERJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan kutipan hasil tahun lalu hampir 27 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya merupakan satu pencapaian luar biasa. Perdana Menteri berkata, kejayaan badan itu mengutip hasil RM109.7 bilion tahun lalu bukan sahaja membolehkan kerajaan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada rakyat tetapi ia juga dapat memberi rangsangan kepada sektor swasta untuk meningkatkan pelaburan mereka.
Katanya, ia juga akan memberi keyakinan pelabur terhadap pasaran dalam negara selepas menilai kaedah pengurusan ekonomi negara kerana dalam era global kini, faktor pasaran global adalah sesuatu yang amat penting.
"Kalau tidak ada keyakinan terhadap kita, rating Malaysia akan merudum," katanya semasa berucap merasmikan Menara Hasil LHDN di Cyberjaya di sini semalam.

ape yg x menigkatnye pendapatan klw smua borang yg berkaitan dgn kerajaan mesti kne beli stem hasil dlm negeri.....
klw harge stem 10sen je xper gak tpi ni rm10 kot....pendapatan mesti la lumayan bepp....

ape pn all the best la LHDN...klw ble up kn lgi harge stem 2 kepada rm50 ke, rm100 ke....kn bgus....